Saturday, January 10, 2009

BaSuH KaSuT

Setelah 17 tahun CS tinggalkan aktiviti membasuh kasut, hari ni la hari pertama basuh kasut balik...sebelum ni tak pernah terfikir pun akan membasuh kasut semula..takpela Haikal kecik lagi, dah besar sikit nanti kenalah dia basuh sendiri...leceh gak la sebab warna putih kan..

CS pun sebenarnya takde memori bab membasuh kasut masa kecik2 dulu..siapa basuhkan ek? mak CS kot..sebab CS kan anak manja..bongsu lagi tunggal perempuan...cumanya yang CS ingat masa sekolah asrama la CS buat apa2 pun sendiri..

CS ingat lagi masa mula2 nak masuk asrama CS rasa best jer...beli kelengkapan, cadar, bantal ,baldi dan lain-lainnya lah...tapi last day sebelum pergi CS dah termenung kat jendela..CS tengok kat pokok rambutan depan rumah..CS mengenangkan bahawa CS tak akan berada di rumah esok hari...

CS seronok ke sebenarnya duduk asrama? sebenarnya tidak..CS selalu nangis bila mak balik selepas datang melawat CS..bila cuti sekolah nak abis CS berat hati nak balik asrama..masa nak naik form 2 CS ada cakap nak keluar dari asrama tu..tapi abang CS yang nombor 2 yang paling CS bermanja slow talk pulak kat CS...
Mungkin dia fikir kalau CS duduk kampung CS akan susah ke sekolah..takde siapa nak ambik dan hantar sebab mak dan abang2 semuanya bekerja..masa untuk belajar pun tak tentu..dekat asrama dah tentu semuanya dah diatur..tak nak belajar pun kena gak pergi belajar pagi sampai malam..

CS punyala bertahan sampai SPM..masa form 4 CS selalu ingatkan diri CS ..tinggal setahun je lagi,..sabarlah..masa dah form 5 dah sibuk nak SPM so masa berjalan pun tak terasa..masa CS nak tinggalkan sekolah dengan semua barang2, dalam kereta kebetulan keluar lagu Saleem yang CS memang rasa sesuai dengan perasaan CS masa tu..ni la liriknya



Selamat Tinggal Penderitaan

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan


Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan

Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan

Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji...

Tapi bab penghinaan & cinta tu takde kaitan la..tapi bila difikirkan balik dengan nama SMSJ dan result yang diperolehi tulah yang sampai sekarang dijaja untuk memohon apa-apa pun perkara yang CS inginkan... masa nak masuk matriks,ukm, kerja, maktab semuanya Alhamdulillah tidak pernah gagal..
Kalaulah diorang nak masuk asrama macam mana lak? CS rasa CS tak berapa suka..lebih baik diaorang duduk di rumah, dah lepas SPM baru lah diorang boleh mula berdikari..tapi tengoklah nanti mungkin pendapat CS berubah masa akan datang ...


Petang ni depa basuh basikal @ main air..HD ntah apa yang dibuatnya lum balik2 lagi..

No comments:

Post a Comment