Thursday, December 3, 2009

Pindah Rumah

Blog ini dah pun dipindahkan....rumah baru kat http://ibu-sayang-kamu.blogspot.com...



Thursday, November 12, 2009

Aidit Dah Boleh Jalan



Belum pun melepasi umur setahun, Aidit dah boleh melangkah...terkedek2 dengan tangannya mendepang2 buat balancing....dia pun nampaknya tak give up bila jatuh sekali sekala..dia cepat bangun dan jalan semula..


Tuesday, November 10, 2009

Anis & Teddy Bear

Anis dah semakin akrab dengan teddy bear dia...dia dah tak usung spray lagi...tapi kadang-kadang kalau dia teringin dia bawak juga la...CS nak ketawa bila tengok Anis cakap dengan bear dia...antara dialognya, waktu tu dia berdiri di luar dan tengok langit, lepas tu dia kata..

"Tu bulan!Wa,wa,wa bulan" Sambil dia tunjukkan pada bear tu bulan yang ada kat langit..
"Kapal terbang, ambik dia!" hehe..sebenarnya ayat tu ayat untuk takut2kan Anis supaya masuk dalam rumah sebab dia takut bunyi kapal terbang tu..bila CS duduk kat luar dia pulak takutkan bear dia...





Sunday, November 8, 2009

Anis & Ikan

Hari ni CS masak kari ikan..dah terer sikit la sekarang ni...diorang kata sedap..CS rasa pun sedap juga hehe...sambal belacan pun dah ok sikit..dulu bubuh je..sekarang dah upgrade sikit...nak cerita pasal Anis je ...masa siang ikan tu Anis pun tolong la CS...tolong kacau ..pegang sisik ikan...CS yang bising cakap kat dia"Anis! tangan kotor! "....tapi dia tetap pegang gak & gosok badan ikan tu..lepas tu dia kata.."Cian ikan kan bu?"...



Monday, November 2, 2009

Haikal's Final Result

Haikal dah dapat certain result exam akhir tahun....not that good nor that bad..bagi CS asalkan dia pandai baca dan faham beberapa perkara cukuplah..tak boleh nak harapkan dia dapat 100%....dia pun lelaki, biasanya lelaki ni sekolah rendah tak ok tapi sekolah menengah dia ok...lagi satu dia suka sangat tengok kartun dan main game pun banyak juga...CS nak bagi dia peluang dia membesar dengan enjoy dulu..sok2 dah dekat periksa besar baru nak tekan dia sikit..err takpe ker?



Saturday, October 31, 2009

Sabtu & Sekolah

Hari ini sungguhpun hari Sabtu, CS kena pegi sekolah juga sebagai hari ganti untuk cuti Deepavali yang lalu..nasib baik ada Anugerah Kokurikulum...so tak ramai murid yang datang, cikgu2 semua relax tengok pelajar ambil hadiah dan buat persembahan...



Wednesday, October 28, 2009

Aidit- Menjelang Setahun





Sekarang Aidit dah dekat setahun umurnya..dah pandai cakap "ennaa...ennaa..." yang bermaksud dia nak la bila nampak makanan....pandai berebut mainan dengan abang dan kakak dia juga..kalau tak dapat menjerit2 dia...nak tak nak yang besar kena la beralah...



Monday, October 19, 2009

Kenangan lalu

Semalam masa pergi open house di rumah kakak ipar di Kajang Utama CS berbual dengan anak buah HD yang sekarang pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor. Bagus lah, dia lah anak buah HD yang pertama dapat masuk asrama.

CS tanyalah dia.
"Macam mana sekolah? Best tak?"
"Macam tu lah"

Hehe..Sebenarnya CS tahu di sebalik jawapan tu sebenarnya dia pun sedih lagi meninggalkan keluarganya. CS dulu pun macam tu. Bila sedara tanya "Seronok tak sekolah?". Biasanya CS lambat je nak reply. Lepas tu mesti mak CS akan jawab kan ."Best la. "

Memang la masa tu rasa tak best. Tapi sekarang CS rasa kejayaan hari ini adalah kerana hari semalam. Maka jasa SMSJ tetap dikenang.

Sunday, October 18, 2009

Berkebun lagi


Hari ni CS rasa seronok sebab cita2 nak tanam pokok rambutan dan pisang emas di belakang rumah sudah terlaksana..itulah misi yang dirancang semasa cuti Deepavali ini. Wah! Empat tahun lagi boleh le makan rambutan sendiri..hehe kalau pokok tu terus hidup la...Misi diakhiri!

Tuesday, October 13, 2009

Anis

Anis sebenarnya susah sangat nak memakai apa-apa atas kepala dia ..tudung , scarf , even clip rambut...puji cantik macam mana pun dia akan segera membukanya selepas lima saat memakainya..kalau clip lama sikit la mungkin sebab benda tu kecik dan dia tak rasa benda tu ada atas kepala..

Jadi, bila Anis sendiri memakai scarf ini CS ambil kesempatan snap gambar dia walaupun dia segera nak mencabutkannya...


Wednesday, October 7, 2009

Aiman & His Jokes

"Abang! Abang! Abang nak dengar cerita tak?"
"Nak!"
"Tepuk tangan dulu"
Haikal tepuk tangan.
"Dah abiss..."
Aiman ketawa.
Haikal tunjuk muka tak faham.


****************

"Ibu!Ibu! Ibu nak dengar cerita tak?"
"Nak"
"Tepuk tangan dulu"
CS tepuk walaupun dah tau taktik dia.
"Dah abis"
Aiman ketawa.
CS sengih.


********************
Waktu malam HD sedang duduk.
"Ayah!Ayah! Ayah nak dengar cerita tak?"
"Nak"
"Tepuk tangan dulu"
HD tepuk tangan.
"Dah abis"
HD ternganga.
CS gelak.
Haikal tak puas hati.
"Orang ceritalah pada suatu hari ada seekor harimau di dalam hutan. Camtu la.."
Haikal masih tak faham Aiman punya lawak.

Itulah antara ilmu yang Aiman bawa balik dari taska.

Saturday, October 3, 2009

Berkebun



Sekarang CS dah mula nak melebarkan sayap untuk bertanam-tanaman..sebelum ni angan-angan je lebih tapi tak buat...sekarang dah tambah koleksi bunga rasa semangat lebih sikit..pagi tadi CS dah mula mengadap pokok bunga untuk cantas sikit-sikit daunnya yang lebat sangat tu..kalau bunga lebat baru le cantik..First time shopping tanah hitam & pasu tu suspen gak..kot la kos nya nanti mahal..tapi nasib baik murah je beli barang2 keperluan tu...
CS pun ada semai bendi, kunyit dan pucuk ubi..kitaorang memang suka ulam-ulaman ni..pokok pandan ada gak usaha nak tanam tapi mati je...sebabnya CS cucuk je kat tanah yang tak berapa subur..lepas ni nak beli tanah hitam lagi lepas tu baru le tanam pandan balik...pokok serai yang CS tanam nasib baik hidup..dah guna jugak la banyak kali time memasak...takyah pening nak cari serai lagi

Hari Jumaat lepas CS dah pergi kat Mardi..ingat nak beli le pokok buah sikit nak tanam kat belakang rumah...rumah CS kan baris yang hujung sekali..kat belakang tak de rumah orang jadi ada la tanah yang boleh ditanam sikit..jangan developer potong dah ler..tapi masa pergi tu kaunter dah tutup...hari Jumaat sampai kul 12 je..hmm hari Isnin nak try pergi lagi

Tuesday, September 29, 2009

Raya di Cameron Highland

Hujung cuti raya HD ajak beraya di Perak...Malam Jumaat bertolak & tiba pukul 12.30 pagi...kami tidur di rumah abang HD sampai pagi Ahad...on the way balik HD bawa pergi Cameron to fulfill janji dia sebelum ni... dapat pergi sekejap pun jadilah kan..tapi pening lalat juga rupanya nak sampai ke sana..Anis pun dua kali dia dah uwekk...
First thing nak tengok pokok teh lah kan...tengok gambar orang lain cantik je bergambar di sebalik kehijauan dedaunnya..



Anis belajar2 nak tunjuk peace!..

Aidit ingin merasai pengalaman memetik daun teh




Lepas tu singgah kat kedai yang jual bunga...nak tambah koleksi yang ada kat rumah..sebelum ni ada dua pasu yang tergantung..masa beraya tengok pokok bunga ros kat rumah orang cantik je...so beli 2 pokok ros merah & kuning dan 2 lagi pokok berdaun hijau .

Bila dah tengok pokok teh, tak lengkap kalau tak tengok pokok strawberi...stop lagi kat Bee Farm untuk pegang strawberi dan beli madu juga...


Masa nak keluar ke Tapah nampak ramai orang berhenti makan durian, hehe...kitaorang pun tak nak ketinggalan...

Tuesday, September 22, 2009

Hari Raya 2009


Tuesday, September 15, 2009

Haikal = Doktor?

Tadi Anis tercekit tablet Vitamin C yang bentuk bintang..merengek2 dia..Haikal tunjuk dia punya concern berlari-lari ambikkan air ..CS relax je..hehe.. dah minum baru dia ok

Apa yang CS fikir ada ciri-ciri jadi doktor Haikal ni sebab suka selamatkan orang...ye ke? Kena tunggu 20 tahun lagi kot

Monday, September 7, 2009

Aidit - 10 Bulan



Sekarang Aidit dah 10 bulan...gigi bawah dah ada dua...tapi dua tu pun kalau gigit kat bahu seriau juga...macam kena letrik!...dia pun dah pandai duduk ..CS suka tengok dia duduk...comei..

Sunday, August 23, 2009

Bazar Ramadhan

Tahun ni HD jual ikan bakar di Bazar Ramadhan...2 tahun dulu dia pernah niaga air tebu..Semalam for a start ambik barang tak berapa banyak...so around 6.15 dah habis jual... Hari ni tambah lagi..double ikan pari, tambah lagi ayam & terubuk...lepas subuh HD dah pergi pasar borong...bad news is esok takde terubuk...punyalah tinggi permintaannya...harga pun dah naik 50 sen...

Sunday, July 26, 2009

Aiman Sports Day










Hari ni kami pergi Sports Day Aiman di Punjak Jalil...pagi2 dah hujan...acara pun start lambat...sepatutnya pukul 8 mula dah dilewatkan kepada kul 10...ada acara untuk parents & the prinsipal ada pelawa untuk join ..tapi sebab Aidit takde orang nak pegangkan so tak masuk acara tu...kami join acara makan mi je..hehe..since dah mula lambat, habis pun lambat...kami tak tunggu sampai habis...tak tau pun team mana menang

Saturday, July 25, 2009

AiDiT ChEcK DaRAh

Hari Khamis CS bawa Aidit pegi klinik kesihatan sebab dia asyik demam, selsema, batuk dan nafas dah berbunyi semacam sebab banyak kahak...tapi CS terkejut bila doktor kata nak check darah..CS ingat dia bagi sedut gas untuk cair kahak jek...sian tengok tangan dia yang kecik tu kena cucuk...lepas cek darah doktor kata darah dia ok lepas baru sedut gas (CS tak tau apa ke namanya benda tu) ..masa tu pun sian tengok Aidit menangis macam nak rak...nurse kata kalau budak yang dah biasa siap pegang sendiri ..hmm dah Aidit baby lagi takkan nak pegang sendiri...

Wednesday, July 22, 2009

FaCe BoOk

CS baru je belajar2 guna Facebook...sebelum ni hanya register je tapi tak buat apa2 pun..so now dengan sedikit bantuan rakan (TQ Kak Liz!) dapatlah CS mempergunakannya..yang seronoknya dapat lah berhubung ngan kawan2 lama masa sekolah menengah...terubat juga rindu di hati bila tengok gambar terkini kawan2...kebanyakannya kendong anak kecik..tapi CS jeles juga la ramai yang dah merayau di oversea..CS je duk Malaysia...takpela ada rezeki nanti teringin juga nak melawat negara orang..

Friday, July 17, 2009

MiChAeL JaCkSoN


Semalam Haikal asyik sebut nama Michael Jackson(MJ)..macam la dia kenal ye...dia kata kawannya Yusof selalu cakap pasal MJ dah mati..CS pun layan Haikal tengok kat Youtube...CS suka sangat lagu Earth Song...ingat zaman dulu2 memang CS suka lagu ni..pastu tengok clip You Are Not Alone...masa bab ada perempuan lari naik pentas and peluk dia CS jadi sedih lak..Haikal pun hairan apa yang CS sedu sedan sangat..tak tau lah nak kata macam mana ..tapi memang rasa terharu sikit..

OpTiMuS PrImE

Hari ni CS bawa Anis pergi klinik sebab dah 2 hari demam...waktu malam batuk dan badannya agak panas...nasib baik Anis tak fobia ubat...macam sedap je ubat tu dia minum...Lepas sampai rumah tiba-tiba HD balik ...kat tangan HD ada Optimus Prime! Depa dah merengek2 nakkan benda ni setiap kali pergi Petronas...Haikal punya la gembira siap cakap "Terima kasih, Ayah!" dan salam tangan...
Sebelum ni dah beli dah yang Bumble Bee..tapi dah hilang ke mana tak tau...rasa membazir je...yang ni kalau hilang jugak jawabnya akan dibebel lah oleh HD...hmmm tapi bebel2 dia nanti budak2 ni merengek dia belikan jugak yang lain...

Friday, July 3, 2009

TrANsFoRmErS

Hari ni CS layan HD and bebudak tengok Transformers di The Mines...Half way HD dah dapat panggilan untuk buat kerja..tinggal le kami bertiga...Haikal lak hujung2 dah tak senang duduk sebab sejuk katanya...ada ke dia suruh CS tanggal tudung untuk dia selimut..diorang excited la..CS tengok takde apa sangat pun..cuma kekadang tumpang gelak juga la part yang lawak2 tu..

Tuesday, June 23, 2009

Anis's Baby Bear

At last Anis dapat seekor baby bear untuk hari jadi Anis from HD..sekarang Anis tak usung spray lagi...Bulunya yang agak panjang menyenangkan Anis nak menjinjitnya..Bear yang kecik tu dah lama ada tapi Anis tak sayang dia...bear kecik ni ada sentimental valuenya sebab bear ni ujud sebelum bebudak ni ada...HD beli masa ada sorang budak perempuan berjual di McDonald...tujuan jualannya adalah untuk rumah kebajikan..so HD beli la untuk CS..masa tu tunang lagi
Masa Aiman baby, dia suka bear ni..CS selalu usik dia cam perempuan...ada sekali tu Aiman demam dan dia bawa bear ni gi klinik...lepas tu tanpa disedari bear ni dah tertinggal...agak2 beberapa bulan lepas tu masa gi klinik tu lagi CS ternampak bear yang agak serupa dengan bear kecik ni atas kabinet besi di klinik...CS saja cakap kat nurse tu bear tu macam bear kami..masa tu CS ingat bear tu klinik punya...nurse tu kata yela kot sebab dia kata bear tu memang orang tertinggal..so bear tu dengan gembiranya ikut kami balik semula...

Monday, June 22, 2009

BaCk To ThE FuTUrE


Err...lama sungguh tak update blog ni...Aidit sekarang dah 7 bulan...dah pandai merangkak sikit2,berdiri2 sambil berpaut kat mana2..jatuh terlentang banyak kali juga..tapi lepas tu memanjat lagi..Aidit pun dah pandai makan bubur & biskut...tu kat tangan dia ada biskut Marie..hidung pun comot..

Monday, April 6, 2009

SuKaN SeKolaH








Hari Sabtu lepas kat sekolah ada Sukan Tahunan..CS tak kena bertugas..jadi penonton dan peserta menunggu untuk acara pegawai..walaupun at last acara tu batal sebab semua cikgu dah penat..
CS bawa Haikal dan Aiman...kadang2 diorang buat acara sukan sendiri seperti main pasir dan lumba kereta mainan..