Monday, February 23, 2009

PeRGi PoRt DiCkSoN

Semalam HD bawa pergi PD...tapi yang tak bestnya tertinggal beg yang ada baju & pampers..so HD,CS, Anis & Aidit tak mandi..Haikal & Aiman HD belikan baju kat sana..lepas tu cepat2 nak balik..maklumla pampers takde apa2 hal payah pulak nak mencari..


HD sewa payung & kerusi..tengok diorang mandi dari jauh je..kamera pun ada dalam beg yang tertinggal..hmm...minum air fresh oren sedap juga sambil dihembus angin pantai..Cuti sekolah ni ada plan nak pergi lagi beramai2 pulak....dengarnya ada BBQ..

Friday, February 20, 2009

BuSy!BuSy!

Sekarang ni CS agak ke'busy'an dengan kerja2 sekolah..lepas satu kerja , satu kerja datang..CS kena sediakan kertas periksa, kena key-in pendaftaran PMR dan sekarang nak tanda kertas pulak...

Aidit ala-ala demam selepas kena cucuk 3 bulan...lepas sembuh mukanya timbul bintik2 merah..



Petang tadi pergi pasar malam kat Puncak Jalil..sekarang ni jadi hantu tembikai susu..nyum!nyum! manis, ranum dan sejuukk...(lepas masuk peti sejuk la..) harga pun murah je 2 biji RM3..

Saturday, February 14, 2009

WiRaKu DaH DaPaT

Sekarang CS dah guna Wira pergi sekolah..terasa diri kecik je bila bawak Wira ni..masa naik Kancil rasa sedang elok je...sekarang ni dalam tempoh adjustment nak biasakan diri guna kereta auto...tangan & kaki kiri kadang2 masih menyibuk2 nak tukar gear & tekan klach... Kalau berhenti di traffic light yang naik bukit menggelupur juga..pagi tadi menggelunsur ke belakang sikit sebab kelam kabut nak masuk gear...biasanya tolak ke depan ni nak kena tolak belakang pulak kan..
Nak bagi signal pun tersilap..wiper yang naik atas hehe...

Friday, February 13, 2009

ANiSkU



















AnAk SauDaRaKu










Monday, February 9, 2009

BaLiK KaMpUnG!!!

Semalam CS ada di Segamat...kami bertolak malam sebelumnya pukul 9.45 malam & sampai 12.30 pagi..Last balik masa Raya Haji..lama juga tak balik..dulu selalu balik sebulan sekali sekarang dah beransur lewat sikit..maklumla keretapi makin panjang..

Balik kampung memang best..dapat jumpa mak,adik-beradik & anak2 sedara...dapat release tension jugak, takde traffic jam, pokok menghijau, pagi yang sejuk & kokok ayam...

Aiman, Aidil & Izan

Haikal & Aiman pun selalu excited nak balik Segamat..dapat jumpa geng kat sana..pagi2 lum mandi lagi diorang dah nak pergi rumah Kakak Nina @ anak abang CS no 2.. Abang CS ada projek nak besarkan rumah dia so tengoklah dia buat kerja..

Abang CS memang pakar buat rumah sendiri..semua rumah adik-beradik tak pernah upah orang

HD pegang2 jugak cangkul lepas tu sakit pinggang...manja betul

Buat kerja sikit je tapi sirap dah abis satu jag .. : )


Aiman nak basikal dia yang kat rumah tu bawak kat Segamat..aii kena naik lori le camtu..


Sesekali budak2 bandar balik kampung payah juga nak layan..macam Anis ni ha, nampak putik jambu batu pun beriya2 nangis nak juga..CS tengok tepi rumah ada pokok jambu air..tapi nak makan ada pakej..makan dengan ulat sekali .. Si Aiman bila nampak jambu air tu dia boleh kata "Uii!!..buah apa tu? Epal ke?"..ish!ish!

Wednesday, February 4, 2009

AnIs BeRbaJU KuRunG



Malam tadi Anis nak pakai baju kurung dia...berangan nak pakai sendiri pulak tu..CS nak tolong pun tak bagi..tapi mulut bising bila tak dapat keluarkan tangan...last2 kena rescue jugak sebab tak larat dengar mulut dia merengek2...