Saturday, January 31, 2009

Haikal & Homework


Susah betul nak suruh Haikal siapkan homework dia...sekali ketuk sekali jalan..dia pun ala-ala jeles tengok Aiman takde homework..HD kata kat dia "Eh! mak awak tu cikgu tau!"..Abis nak buat camana dah dia sendiri takde usaha nak buat...Tv pun nak kena tutup kalau nak suruh dia buat kerja..

Tuesday, January 27, 2009

PeRgI ZoO NeGArA

Program hari ni ialah lawatan ke zoo Negara..malam tadi CS ikut HD pergi BBQ kat rumah kawan yang sama taman...so diorang plan sama ada nak pergi Port Dickson,Sg Congkak @ Zoo..tapi sebab HD dah tercakap kat Haikal nak pergi zoo & tak nak hampakan dia kitaorang pun pegi la ke zoo..3 buah family je yang pergi.

Sebelum pergi kitaorang dah plan nak bawak makanan..CS masak mihun goreng...masa nak makan dengan selamba je bentang tikar kat orang lalu lalang kat tempat orang utan tu..hehe
Dalam sibuk2 nak makan tu terjadi pulak satu peristiwa mencemaskan..Anis! mana Anis?..Aaa.. panik kejap..kat kepala dah fikir je ada orang bawak lari..CS pun pergi dekat kat area orang utan tu tapi takde..bila turun balik nampak HD dukung dia..Fuhh lega..kat mana dia? Balik pokok besar kat tengah2 jalan tu..hmmm...dah2 jom makan..




Lepas makan pergi tengok harimau...




Aiman nak compare gigi dia dengan harimau..siapa punya yang paling tajam @ kuning... :)



Bapa-bapa mithali...ehem..HD & Nubhan opss..Nohan


Hari ni rusa dapat makan kacang..mesti sakit perut malam ni..


Aidit..relaks je..nasib baik dia tak meragam..dia nangis masa nak tidur je lepas tu tak jaga2..




Acara memberi makan pisang kat gajah oleh Aiman




CS pun nak interframe gak..asyik jadi cameraman je..



Friday, January 23, 2009

CuTi!!

Bestnya cuti!!...minggu depan sekolah CS cuti seminggu untuk Tahun Baru Cina..esok program kitaorang ialah rewang kat rumah mak mertua CS sebab ada kenduri potong jambul anak adik ipar CS...Aidit patutnya buat sekali tapi HD kata nak buat kat rumah sendiri..tapi tak tau lagi bila la..tunggu budget cukup dulu..

Thursday, January 22, 2009

AniS KaCaU IbU

Anis selalu suka kacau2 CS sembahyang..tapi kadang2 dia hulurkan telekung..perkara dia paling suka buat adalah baring ataupun duduk atas peha ...sabar aje lah..

Friday, January 16, 2009

SeMiNgGu SeKolAh

Sekejap je dah seminggu CS gi sekolah...sibuk jugak la sampai takde masa nak tulis kat sini...tapi belum habis lagi..esok CS kena pergi sekolah lagi kerana ada sekolah ganti...

Sekarang CS pergi sekolah sendiri..pinjam kereta Kancil sister in-law...sementara dapat Wira..sebenarnya Kancil ni dulu CS punya, beli atas nama CS...tapi akibat kemelesetan ekonomi kitaorang, Kancil ni di'continue' bayarkan oleh my sis in law..so sekarang dia yang pakai...

Sebenarnya bagus gak pakai kancil ni sebab jimat minyak..nak parking pun senang..tapi yang tak bestnya time nak memotong takde power..kalau nak tukar lorong cepat2 rasa nak melayang je...

Haikal masih sedu sedan lagi...CS yang hantar dia ke sekolah sebab sekolah dia sama jalan...masa nak tinggal tu ada je perkara2 yang dia nak pesan..

Sunday, January 11, 2009

NaIk SeKolAh

Esok CS nak naik sekolah dah..so hari ni nak cari barang2 sekolah CS lak..pagi HD pergi siapkan penghadang jalan nak masuk Taman Dato' Demang..tunggu dia balik baru boleh pergi..

Perkara yang bermain kat fikiran ialah kena gosok baju..makin bertambah sekarang sebab Aiman pun dah sekolah...lagi satu CS risaukan Aidit kat taska nanti camana? tau ke diorang nak handle dia kalau dia meragam...CS dah message kat Mama yang akan jaga Anis & Aidit nanti...takde la dia terkejut tiba2 ada baby pulak...

Saturday, January 10, 2009

BaSuH KaSuT

Setelah 17 tahun CS tinggalkan aktiviti membasuh kasut, hari ni la hari pertama basuh kasut balik...sebelum ni tak pernah terfikir pun akan membasuh kasut semula..takpela Haikal kecik lagi, dah besar sikit nanti kenalah dia basuh sendiri...leceh gak la sebab warna putih kan..

CS pun sebenarnya takde memori bab membasuh kasut masa kecik2 dulu..siapa basuhkan ek? mak CS kot..sebab CS kan anak manja..bongsu lagi tunggal perempuan...cumanya yang CS ingat masa sekolah asrama la CS buat apa2 pun sendiri..

CS ingat lagi masa mula2 nak masuk asrama CS rasa best jer...beli kelengkapan, cadar, bantal ,baldi dan lain-lainnya lah...tapi last day sebelum pergi CS dah termenung kat jendela..CS tengok kat pokok rambutan depan rumah..CS mengenangkan bahawa CS tak akan berada di rumah esok hari...

CS seronok ke sebenarnya duduk asrama? sebenarnya tidak..CS selalu nangis bila mak balik selepas datang melawat CS..bila cuti sekolah nak abis CS berat hati nak balik asrama..masa nak naik form 2 CS ada cakap nak keluar dari asrama tu..tapi abang CS yang nombor 2 yang paling CS bermanja slow talk pulak kat CS...
Mungkin dia fikir kalau CS duduk kampung CS akan susah ke sekolah..takde siapa nak ambik dan hantar sebab mak dan abang2 semuanya bekerja..masa untuk belajar pun tak tentu..dekat asrama dah tentu semuanya dah diatur..tak nak belajar pun kena gak pergi belajar pagi sampai malam..

CS punyala bertahan sampai SPM..masa form 4 CS selalu ingatkan diri CS ..tinggal setahun je lagi,..sabarlah..masa dah form 5 dah sibuk nak SPM so masa berjalan pun tak terasa..masa CS nak tinggalkan sekolah dengan semua barang2, dalam kereta kebetulan keluar lagu Saleem yang CS memang rasa sesuai dengan perasaan CS masa tu..ni la liriknya



Selamat Tinggal Penderitaan

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan


Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan

Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan

Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara

Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan

Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! taman salji...

Tapi bab penghinaan & cinta tu takde kaitan la..tapi bila difikirkan balik dengan nama SMSJ dan result yang diperolehi tulah yang sampai sekarang dijaja untuk memohon apa-apa pun perkara yang CS inginkan... masa nak masuk matriks,ukm, kerja, maktab semuanya Alhamdulillah tidak pernah gagal..
Kalaulah diorang nak masuk asrama macam mana lak? CS rasa CS tak berapa suka..lebih baik diaorang duduk di rumah, dah lepas SPM baru lah diorang boleh mula berdikari..tapi tengoklah nanti mungkin pendapat CS berubah masa akan datang ...


Petang ni depa basuh basikal @ main air..HD ntah apa yang dibuatnya lum balik2 lagi..

Friday, January 9, 2009

AidiT CucUk



Hari ni CS bawak Aidit pergi klinik untuk cucuk bulan kedua, Anis pulak nak kena ambik ubat cacing..pagi-pagi lagi semua dah kena bangun & mandi...mula2 hantar Haikal dulu,lepas tu hantar CS dengan Anis & Aidit kat klinik, last HD hantar Aiman, lepas tu HD datang balik kat klinik..

Masa cucuk Aidit nangis la jugak...lepas tu pergi kat post office ingat nak ambil duit rebat tapi ramai orang pulak..kitaorang tak boleh lambat sebab Haikal balik sekolah pukul 12,dia dah pesan awal2 jangan ambik dia lambat..so CS pun ikut pergi kat sekolah Haikal..tengok gelagat dia dalam kelas..takdela sedih sangat..ok je dia dengan kawan2..

Nampak cikgu dia bagi t-shirt rumah sukan warna kuning..lepas loceng bunyi CS jumpa sekejap dengan cikgu dia tanyakan pasal buku teks dia dah kena bawak ke belum..sebab sefaham CS diorang ada orientation selama 2 minggu..tak payah la bawak buku berat2 kalau tak pakai lagi..so cikgu dia confirm kata tak belajar lagi

Singgah kat kantin sekolah beli nugget, karipap & ABC, CS tak minum la ABC tu..tengok je diorang minum..ada seorang budak lelaki nangis beriya-iya..cikgu dia datang pujuk..mungkin tunggu mak dia belum datang lagi..sian dia

Balik rumah CS bagi ubat demam kat Aidit cepat2 sebelum badan dia betul2 panas...lepas tu Aidit tidur ..

Petang pergi pasar malam diorang dah jadi Ben-10...


Thursday, January 8, 2009

Still Crying

Hari ni Haikal nangis lagi..tapi yang nasib baiknya masa kejut nak mandi dia tak meragam kata tak nak ke sekolah..masa hantar dia HD kata dia suruh HD tunggu & asyik tertoleh-toleh kat HD masa beratur kat perhimpunan..
Aiman pulak mandi ok..tapi masa nak pakai baju sekolah dia dah buat hal..dia nak pakai baju biasa..maknanya tak nak sekolah la tu...nangis jugak..bila HD balik pujuk2 dia tapi bila dia nangis2 last2 kena marah la jugak... pegi la jugak dia ke tadika..

Wednesday, January 7, 2009

They Are Not Happy

Pagi ni dengan muka berkerut Haikal kata pegi sekolah tak best...masa HD balik lepas hantar dia CS tanya Abang ok tak? HD kata tak ok..Haikal suruh dia tunggu ...Aiman pulak masa nak dihantar dah nangis, dia kata nak tengok tv...kat tadika pulak dia mintak HD tunggu dia ..hmm..CS pulak jadi sedih..tapi HD kata Aiman tak nangis ..
HD kata dia nak anak dia pandai..tak nak jadi cam dia..dia kata kalau dia tau dulu dia mesti belajar betul2...dia kata tengok CS relaks aje...tak tau la relaks camana..sebab cuti bersalin banyak kot..yela mungkin maksud dia tak payah kerja teruk2 untuk dapat duit..macam HD kena mula dari bawah..macam CS lak jaja sijil
CS pun nak diorang berjaya jugak..boleh survive di masa akan datang..maklumla persaingan makin hebat..cuma sekarang ni je sebab diorang tu kecik lagi cembeng tu yang buat CS sedu- sedan jugak..kalau diorang masa pergi dan balik tu gembira takpe jugak ..senang hati CS..
Tapi mungkin salah satu faktornya ialah sebab diaorang tengok CS lepak kat rumah..tu yang diorang rasa seronok duduk rumah..minggu depan bila CS dah naik sekolah mungkin situasi dah berubah..CS pun akan sama2 kelam kabut pagi2 nak pergi sekolah...
Kereta Wira yang nak dibeli lum settle lagi..untuk bulan Januari ni HD akan hantar dan ambil semua orang..pagi2 hantar Haikal dulu, lepas tu CS, lepas tu Aiman, last baru Anis & baby...kalau dah ada 2 kereta nanti CSlah yang akan hantar Haikal sebelum terus ke sekolah CS lak..

Tuesday, January 6, 2009

BaSiKaL

Kayuh la basikal tu!
Tak boleh!Aiman tak tuat (kuat)..

Nak naik basikal lah!..(Naiklah bang..)

Petang ni ayah nak bawak jalan2..

Semalam petang lepas ambil Aiman dari sekolah diorang main basikal kecik warna oren tu... biasanya Aiman yang conquere main basikal tu..so Haikal menangis2 la nak basikal..HD tu jenis pelembut hati dengan Haikal, so dia bawak la diorang pegi beli basikal...CS ikut sama maklumlah akauntan..

Masa nak beli tu Haikal berkenan yang mahal lak..ye la yang mahal tentu cantik..Aiman mestila nak yang sama ..jawabnya terpaksa beli dua...kopak duit mak dia..itu la hasilnya dapat bonus ASB..lepas tu CS pun beli baju sikit untuk Aiman, Anis & Aidit..sebab diorang perlukan baju untuk tukar di taska..
Malamnya selepas main2 basikal tu diorang tidur awal..takdelah awal sangat dalam pukul 10.30..cerita Pepaya favourite Haikal pun sanggup tak tengok sebab main basikal..nak kayuh laju2 tak boleh sebab dua2 kecik, tak larat nak tolak pedal..sikit2 je la bergerak ke depan..

So pagi2 lagi Haikal bersiap2 lepas tu terus dia tanya CS : nak main basikal boleh? : pergilah bang..CS kenala layan kehendak dia untuk senangkan hati dia sebab CS tau dia tak seronok nak pergi sekolah..yelah zaman bawak permainan ke sekolah dah abis...zaman bawak balik jajan bila ada birthday kawan pun dah abis...sian dia.. CS ingat nak bekalkan dia kek pisang untuk makan dalam kereta..tapi tertinggal pulak atas meja..
Aiman pulak masa kejutkan dari tidur masih ok lagi..takde la liat nak bangun..tapi ada renungan kosong yang CS nampak kat muka dia...makan kek pisang pun perlahan je..mungkin antara seronok & tak seronok...sebelum ni dia di taska bebas bermain sekarang dah tadika pulak sentiasa kena ikut arahan..
Selepas diorang dah pergi sekolah, CS buat kerja rumah masih dalam mood sedih camtu..mengenangkan apalah yang diorang buat kat sekolah...Aiman nangis ke..semalam ustaz dia kata dia nangis macam nak rak masa kena tinggal..Haikal nak kencing ke, sakit perut ke..sebab Haikal yang paling penakut kat rumah..nak ke dapur,bilik air memanjang takut kalau sikit2 takpe..memang nak berteman je..sanggup kena marah takpe..
Balik sekolah Haikal bagitahu yang dia nangis kat sekolah sebab dia nak kan ayah...kat kantin pun dia kata dia nangis...dia tunjuk duit 50 sen sekeping yang makcik kantin bagi..CS tanya beli apa..dia kata beli hotdog...kesiannya CS kat dia,dia terpaksa berdikari di kalangan budak2 yang ramai tu..sebelum ni dia ada ayah & ibu bila nak apa2..
CS nak tunggu CS ada baby pulak..(sebenarnya CS agak emotional semasa menulis entry ni)..walaupun CS selalu marah dia tapi CS tak nak dia keseorangan di tempat yang baru sebab dia masih kecik lagi...harapnya dia cepat menyesuaikan diri...
CS tengok buku-buku dia,ada kerja yang dia kena buat..dia kata dia tak pandai buat huruf 'f'...dan dia nangis sebab takut kena marah dengan cikgu..so CS tunggu dia buat kerja..mula-mula dia bukak kartun...so dia tak fokus dengan kerja rumah..HD tutup tv dan dia teruskan sampai dia tertidur...Haikal sebenarnya susah tidur waktu siang..mungkin emosi nya yang tidak menyeronokkan tu membuatkan dia letih..

Monday, January 5, 2009

Aiman First Day of School

Hari ni Aiman pulak pergi sekolah...mula-mula Haikal pergi dulu..masa CS kejutkan Aiman dia cepat bangun..oklah tu..dia pun masih senyum2 lagi..tapi masa di sekolah HD kata dia tak nak campur dengan budak lain..HD tunggu sekejap tapi lepas tu dia tinggalkan jer..CS tak tau lah dia nangis camana..

Kadang rasa dia tu kecik lagi..kesian pulak rasanya..tapi nak buat macammana..masa berlalu dan dia pun perlu belajar sesuatu

Selepas dua-dua dah pergi sekolah, CS basuh pinggan sambil mengenangkan hal mereka..ada rasa terharu jugak..mereka akan dewasa..ada kawan dan pemikiran sendiri...inilah permulaannya..sedikit demi sedikit mereka akan jauh dari CS, berkongsi cerita dengan orang lain..huaaa!!!

Lepas tu CS pergi pos ofis ingat nak keluarkan duit bonus ASB tapi..off line pulak..pegi maybank pulak..,ramainya nak kena tunggu...CS datang dapat nombor ke 100, nombor pulak baru 50..tunggu la jugak ..sementara tunggu giliran dah nak pukul 1.00, Haikal dah nak balik..HD ambik dia dulu..

First thing jumpa dia CS tanya la macammana sekolah..best tak? dia kerutkan muka..(tak best!) ..hmmm..tak memberansangkan sungguh jawapannya..HD belanja dia aiskrim ..nak ambik hati dia la tu..CS tanya beli apa kat kantin?( hot dog... )

Balik rumah dia capai permainan macam biasa..gaduh2 dengan Anis jugak sebab Anis memang suka kacau permainan Abang .

Saturday, January 3, 2009

HAiKaL's OrIenTaTiOn DaY

Senyuman malu-malu seorang bakal penuntut Tahun 1 Sek Keb Tmn Universiti
Makan la roti tu Kal! (Tak nak lah)

Beg sekolah yang lebih besar daripada tuannya


Hari ni Haikal pergi orientasi untuk masuk Tahun 1...malam tadi lagi CS dah suruh dia tidur awal sebab nak kena bangun cepat..program start pukul 8pg...
So pagi tadi senang je nak kejut dia...dia pun nampak excited je..yelah nak pakai kasut baru,baju baru,stokin baru dan beg baru dia..yang kelakarnya susu pun dia tak lalu nak minum..boleh pulak dia kata susu tu tak sedap..sebelum ni ok je..roti pun makan separuh je..kalau la semangat macam ni berterusan kan bagus...kita tengoklah beberapa bulan lagi..




Aiman pulak malam lambat tidur..sebabnya siang dia dah charge bateri..(macam robot pulak ya) ..maksudnya dia tidur sekejap waktu siang..so malam dia lambat mengantuk la..siksa nak suruh tidur..

Aktiviti yang Aiman suka selain tengok kartun ialah mengadap komputer @ laptop la..dia suka conteng-conteng dalam microsoft Paint...tapi dia kata benda tu ialah Game Colour...tapi yang membuatkan CS & HD marah ialah dia suka tekan ikut suka dia sampaikan ada benda yang dia delete..


Aiman, posing jap!

Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru 2009

Selamat Tahun Baru 2009...Apa azam baru ya? CS ada azam tapi biarlah rahsia..harapnya boleh tercapai...apa yang akan berlaku agaknya pada tahun 2009 ni...ekonomi dunia dan start jatuh..tu yang tak sedap bagi permulaan tahun baru...

Bagi CS mungkin takde kesan sebab kerja dengan kerajaan..camne dengan HD pulak?...kalau customer dia kurang order barang jawabnya kurang la juga duit masyuk...hmm... CS harap ekonomi kitaorang tetap ok walaupun ekonomi dunia tak ok ..Amin!