Monday, January 5, 2009

Aiman First Day of School

Hari ni Aiman pulak pergi sekolah...mula-mula Haikal pergi dulu..masa CS kejutkan Aiman dia cepat bangun..oklah tu..dia pun masih senyum2 lagi..tapi masa di sekolah HD kata dia tak nak campur dengan budak lain..HD tunggu sekejap tapi lepas tu dia tinggalkan jer..CS tak tau lah dia nangis camana..

Kadang rasa dia tu kecik lagi..kesian pulak rasanya..tapi nak buat macammana..masa berlalu dan dia pun perlu belajar sesuatu

Selepas dua-dua dah pergi sekolah, CS basuh pinggan sambil mengenangkan hal mereka..ada rasa terharu jugak..mereka akan dewasa..ada kawan dan pemikiran sendiri...inilah permulaannya..sedikit demi sedikit mereka akan jauh dari CS, berkongsi cerita dengan orang lain..huaaa!!!

Lepas tu CS pergi pos ofis ingat nak keluarkan duit bonus ASB tapi..off line pulak..pegi maybank pulak..,ramainya nak kena tunggu...CS datang dapat nombor ke 100, nombor pulak baru 50..tunggu la jugak ..sementara tunggu giliran dah nak pukul 1.00, Haikal dah nak balik..HD ambik dia dulu..

First thing jumpa dia CS tanya la macammana sekolah..best tak? dia kerutkan muka..(tak best!) ..hmmm..tak memberansangkan sungguh jawapannya..HD belanja dia aiskrim ..nak ambik hati dia la tu..CS tanya beli apa kat kantin?( hot dog... )

Balik rumah dia capai permainan macam biasa..gaduh2 dengan Anis jugak sebab Anis memang suka kacau permainan Abang .

No comments:

Post a Comment