Wednesday, December 31, 2008

MaSuK SeKOLah

Hari ni HD bawa Aiman daftar tadika di PJIK. Duit pendaftaran dan yuran bulanan dah RM900 lebih...itupun jubah, buku Anakku & Read Easy guna Haikal punya,...tapi yang menjadi 'kerisauan' CS ialah Aiman masih pelat for certain perkataan...antaranya
tupu-tupu = kupu-kupu (imagine dia nyanyi 'Pok amai-amai belalang tupu-tupu')
jalan = jangan ( jalan ambik Aiman punya kereta)
judak = jugak (Aiman nak judak)
ladi = lagi (dia nyanyi 'jatuh cinta ladi, ladi-ladi jatuh cinta'
Haikal pulak HD bawa beli buku kat sekolah dia... hari Sabtu 3hb hari orientasi..CS mungkin tak pergi...ada baby baby kecik ni agak payah la sikit...
CS pun merancang2 nak beli barang2 CS..cikgu pun awal tahun kena la barang2 sekolah yang baru jugak...baru semangat nak pegi sekolah..tapi CS start lambat sikit la..10hb baru mula


Tuesday, December 30, 2008

Result PMR

Hari ni result PMR keluar..macam mana agaknya result anak murid CS..CS lum balik sekolah lagi sebab masih dalam cuti bersalin..

Tadi ada emak pelajar telefon..dia memang selalu telefon CS bertanyakan tentang anak dia..bagus betul dia ..so dia tanya CS kelas yang sesuai untuk anak dia..CS pun bukan expert sangat baru je setahun jagung jadi cikgu...bab nak memberi pandangan ni masih mentah lagi...so contact la member yang tau dan sms kat emak pelajar CS tu..harapnya dapat membantu..

Monday, December 29, 2008

Maal Hijrah 1430H

Salam Maal Hijrah..hari ni hari Awal Muharram...so ramai yang bercuti..HD pun tak kerja..masih meneruskan kerja2 membuat pondok jaga...katanya hari ni nak mengecat..CS tak keluar2 rumah lagi..walaupun dan lebih 44 hari tapi kalau takde keperluan duduk di rumah lagi mudah...baby pun kecik lagi..susah nak bawak berjalan...

Sunday, December 28, 2008

LaYaNg-LAyAnG

Yang ini layang-layang Haikal

Warna oren ni layang-layang Aiman

Semalam petang HD bawak budak2 pergi main layang-layang..sebenarnya beli dah lama tapi takde tempat sesuai nak naikkan...mula2 HD terbangkan depan rumah je..tapi ada kereta lalu dan wayar elektrik..so HD bawak diorang kat kawasan lapang dekat dengan Shell tapi CS tak dapat tengok la..tinggal je kat rumah dengan Aidit.

Petang ni Haikal dah bodek HD nak pegi main layang-layang lagi..HD angguk tapi tak tau dapat tunai ke tidak..HD tengah sibuk tolong buat pondok jaga kat entrance masuk Taman Dato' Demang..Kat sini ada pencuri...HD dah hilang kasut Crocodile dia..ada jiran yang hilang sampai 6 pasang kasut..kawan CS ada yang hilang bateri kereta ...nape la pencuri ni suka curi barang orang..

Friday, December 26, 2008

HaIKaL 6th YeAr CoNvO

Haikal sentiasa duduk depan dan ditengah sebab dia paling rendah

Haikal buat persembahan masa convocation day...inilah lagu yang dihafal2 sebelum tu..sampaikan Aiman & Anis pun pandai ikut..tapi Anis sambung hujung2 je(yang highlight merah tu)...


1234 (Aris Ariwatan)

Satu... kasih yg abadi

Tiada tandingi dia yang satu

Dua... sayang berpanjangan

Membawa ke syurga kasihnya ibu



Tiga... lapar dan dahaga

Rela berpayahan setianya ayah

Empat... mudah kau ketemu

Berhati selalu beza antara

Kasih dan kekasih



( korus )



Ibu kuingat dahulu

Menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah

Bergunalah ilmu bila dewasa



Sayang dengar lagu ini

Untuk kau sandarkan buat pedoman

Jangan manis terus ditelan

Pahit terus dibuang... itu bidalan

Harus kau renungkan



( ulang korus )

Apa Itu Affiliate?

Banyak kali CS terbaca tentang cara-cara mendapat wang di internet..salah satunya ialah menggunakan affiliate...so apa tu affiliate? memang boleh dapat duit ke? so sekarang CS pun cuba la cari2 website yang offer affiliate ni...kot2 la dapat duit...

So basically program affiliate ni menawarkan komisen kalau ada pembeli membeli melalui web kita..TAPI lebih baik lagi kalau kita ada produk dan kita sendiri menawarkan affiliate kepada orang lain..kerana pemasaran produk kita yang lebih luas...hmm..nampaknya CS kena cari produk untuk dipasarkan menggunakan program ni...
Sesiapa yang ada produk dan berminat software affiliate ni bolehlah berkunjung ke qualityunit.com ...Jutawan internet Irfan Khairi juga menggunakan program ini..

TeMpAt KeRjA HD

Selepas habis waktu sekolah, selalunya HD akan ambil CS dan CS ikut pergi ofis HD...kereta ada satu ni susah la sikit..tapi semalam CS & HD dah bercadang nak ambil kereta Wira 1.8 second hand..kereta tu umur dah 8 tahun...warna hitam..boleh la CS guna pegi sekolah dan ambil budak-budak dari taska & sekolah
CS plak lepak2 je dalam ofis..sambil2 tu jadi spy kalau2 ada penyelewengan :)


Busy betul HD ya...



HAiKaL 5 YeAr GrAdUaTiON

Lamanya tunggu giliran..dah mengantuk...

Senyuman graduan Tadika Puncak Jalil Islamic Kindergarden



Haikal & pengurusnya



Wednesday, December 24, 2008

KeNaNgAn Di MinES WoNdERlaND

Hari ni Ibu bagi Abang bawak kereta pulak ok!
Baik2 tau kat belakang ada naga!..


Abang! Bawak kereta hati-hati ya!..Sayang,tangan tu buat peace bukan letak kat hidung



Aiman! Cuba buat peace betul2




HD menyorokkan Anis



Bagus2, besar nanti jadi body guard ibu ya..


DuLu & SeKAraNg

Dulu : Nak ambil gambar senyuumm je..Anis pun diaamm je


Sekarang : Ini lah senyuman diorang...

Haikal! Kepala tu tegak2 sikit boleh tak? Aiman, tangan tunjuk peace bukan kaki, Anis! Ambik gambar mulut jangan bising..(Susahnya nak ambik gambar diorang)




Hantuu!!! (Selalunya Anis yang suka buat camtu)




Tuesday, December 23, 2008

AniS & AyAh

Anis ...sekarang


Anis ...dulu-dulu


Anis masa ni baru lepas potong jambul..so botak la terus

Biasanya pagi-pagi Anis yang jadi orang nombor satu dah mandi...sebabnya pampers dia dah bocorr!!..so bila HD nak pergi kerja, Anis pun dah cantik...dulu2 dia mesti nak ikut..sekarang dah ok sikit..dia salam & babai HD..lepas tu dia main basikal sorang2
Anis bermanja-manja dengan Ayah

Anis!!..Basikal tu untuk dikayuh bukan disorong


HD tengah control macho...

Kat tangan HD kan sebenarnya ada rokok...CS pun tak faham nape orang merokok..dah lah tak sedap ,membazir pulak tu...Haikal & Aiman selalu gak sound ayah dia supaya jangan merokok..hmmm..nampaknya takde kesan ..

HaiKaL & AiMaN

Abang!Peluk la bahu Aiman (itupun kena suruh)

Ni gambar masa kat rumah sewa di kota perdana..nampak baik je dua orang ni ya...nampak akrab je..tapi sebenarnya SUKA berebut barang ..tengokla kat dinding tu habis berconteng..ehh mana anis? tak nampak tu tangan dia..dia kecik lagi masa ni..lum boleh berdiri lagi

Monday, December 22, 2008

BaJu SeKoLAh

Semalam CS ikut semua pergi beli baju sekolah Haikal...dah besar rupanya dia..nak masuk darjah satu dah..HD beli 3 pasang untuk dia..beg dia nak yang ada roda..CS rasa beg tu belum isi buku pun dah berat..camne kalau dah isi ngan buku nanti...Aiman pulak nak tadika dah...tahun depan dia 5 tahun...register dah tentu RM500 lebih..



Hari ni HD ambil surat beranak Aidit..Uii!!cantiknya..kaler hijau dah sekarang..tapi nape takde cover..cepat rosak pulak nanti...

Hari ni CS merayau2 cari program yang boleh buat duit...kalau sesiapa belum ada website dan nak buat website bolehlah pegi web-hosting ni...
Kalau nak membaca minda-minda jutawan bolehlah dapatkan dari jutawan internet irfan khairi tu..

Saturday, December 20, 2008

GaMbar TeRbARU AiDiT

Ni gambar Aidit pada hari ke-34, pipi dah bulat sikit...baru lepas mandi tu yang tak berbedung



PoSinG PaKSa...



Abang!Aiman!Meh tangkap gambar...Klik!..Laa pandang la kat kamera...Amik sekali lagi meh


1,2,3...Klik!...Alaa..Kenapa tak senyum plak...Orang ambik gambar kena senyum..amik sekali lagi

Klik!...Kenapa Abang je senyum ni? Aiman betul2 la...Ibu cakap pandang kamera..
Haa!!Camni baru betul...

Monday, December 15, 2008

bLog yG diBaCa

Setakat ni CS takdela baca banyak blog..tp antara yang CS rajin baca ialah blog Raden Galoh, Kassim Selamat & Jowopinter...ada rasa kagum,kelakar dan best (dapat dengar lagu) kadang-kadang merayau2 gak baca blog orang lain..la ni rasa nak buat blog sendiri..jeles tengok orang posting gambar dan meluahkan rasa..

SeKolaH MeNenGAh SaiNS JoHOr

Kenapa tiba-tiba CS rindu kat sekolah lama CS ya?..Dulu CS belajar di sana 5 tahun..bila CS kenang balik ada hikmahnya CS sekolah di SMSJ tu..sekurang2nya dari sana CS dapat merasa masuk U dan last2 jadi cikgu walaupun masa di SMSJ tu kononnya nak jadi doktor, saintis dan yang seangkatan dengannya memandangkan CS ambil pure sains.
Lepas SPM 1992 masa CS isi borang nak teruskan blaja..baca2 buku panduan UPU tu CS teringin plak nak memegang Degree dalam Business Admin..so satu cara dari aliran pure sains nak masuk ke business ialah masuk Matrikulasi Sains Ekonomi..
Tapi matriks tahun 1 waktu tu ialah di Sekolah Tengku Muhd Faris Petra di Pengkalan Cepa kelantan nu..CS ambil Fizik,Kimia ,Math,BI & Ekonomi..maknanya takde Bio..tahun 2 di Kuala Pilah..pastu baru masuk UKM..
Lepas kuar UKM keja juga la di sektor swasta...merasa jadi 'akauntan' walaupun blaja Pengurusan..bila dah rasa peritnya keje direct di bawah arahan bos..CS teropong bidang laen..akhirnya kini CS bergelar Cikgu Siti...walaupun dulu2 tak terpikior nak jadi cekgu ni..
Berbalik crita atas tadi..kenapa CS tiba2 je ingat skolah lama..sebabnya CS ada ikut HD pegi alumni dia..CS slalu gelakkan HD sebab yang HD pegi tu sekolah rendah punya..ye la masa tu kan hingusan lagi..mesti kenangan tu takdela mencabar sangat..lagipun HD dari kecik sampai la ni takde pi mana pun..hari2 keliling Serdang & Seri Kembangan..silap2 hari2 boleh jumpa member lama..
Lain la CS, masa duk asrama kan semua orang datang dari tempat yang berjauhan.. jadi sampai sekarang ni susah rasanya nak terjumpa kawan2 lama..
CS ada cari2 di internet..terjumpalah entry simerahsilu ex-student SMSJ gak tp bukan batch CS..tapi gambar2 yang dipost tu sangat bermakna dan menggamit memori lama..

RoTi!ROti!

Malam tadi AiMan buat gempaq je..tengah CS baring2 hadap tv, masa tu semua askar tido except si AiMan tu la, dia dengar moto yang jual roti tu lalu..dia boleh panggil tanpa mintak permission dulu.."Roti!Roti!"..penjual tu boleh dengo pulak suara dia..
CS kelam kabut la..cari tudung, cari duit..tengok2 takde duit kecik..takkan nak bayar jajan dia dengan duit 5o hengget..CS tau dia bukan nak roti pun, naseb baek HD slalu ada kumpul duit syiling dalam laci..CS pun korek2 la...naseb baek cukup..bila HD balik CS crita kat dia...lepas ni jawapnya hari2 dia akan panggil roti tu ...

bAby AiDiT

Baby Aidit baru berumur 34 hari...so keje dia tido je la..gambar ni masa Aidit umo seminggu..muka ada kuning sikit...nurse datang rumah suruh check darah..so 2 kali juga kena pegi klinik..nurse kata kalau makin teruk nanti ada masalah bila dia dah besar contohnya lambat belajar..



Anis pulak tiba-tiba dah jadi kakak..siaan dia belum puas bermanja dah dapat adik...so terpaksalah dia belajar berdikari dan main dengan abang2nya...kadang2 kena marah kalau kacau baby atau tak sengaja terjatuh atas baby..



Bila abang2nya main basikal kat luar mesti dia dengan segeranya tanpa disuruh atau dipanggil akan cepat2 duduk jadi passenger...




hAIKAL, aiMAN tak kisah & ANiS

HAiKaL BiRtHDaY

Hari ni b'day Haikal tp tak buat sambutan pun. CS masih dalam pantang lagi tak boleh nak buat apa2 sambutan..kalau buat pun nanti CS takleh nak makan banyak2..jadi postphone je la..

Mungkin buat sekali masa kenduri cukur jambul dan doa selamat masuk rumah baru. Pagi tadi HD pergi perjumpaan persatuan penduduk.First time HD pegi sebab kami baru pindah hujung bulan 10.

CS dah lama berangan nak buat blog tp selalu separuh jalan je lepas tu tak update..sekarang ni tengah berpantang bosan lak rasanya...selalu tengok & baca blog orang lain..nak tengok tv anak2 dah conquer..crita katun je la depa hadap mentang2 ada astro ni..

CS bodek time berita je la..itupun kena psiko depa dulu..cakap diorang dah tengok lama..lepas tu malam CS pun dah bagitau awal2 lagi, malam no katun,katun dah tido...kalu tak jawapnya dari subuh sampai ke tengah malam depa sanggup hadap.

Sekarang depa hadap crita Ben-10, HD plak keluar gi kilang jap tengok2 pekeja dia siapkan keja...baby Aidit yang CS yang baru dapat ni tengah tido..Anis datang kacau2 CS sambil makan karipap yang HD bawak balik..maklumlah baru setahun setengah tak pandai tengok katun lagi..













Haikal on 5 year graduation day with HD and Anis