Saturday, October 31, 2009

Sabtu & Sekolah

Hari ini sungguhpun hari Sabtu, CS kena pegi sekolah juga sebagai hari ganti untuk cuti Deepavali yang lalu..nasib baik ada Anugerah Kokurikulum...so tak ramai murid yang datang, cikgu2 semua relax tengok pelajar ambil hadiah dan buat persembahan...



Wednesday, October 28, 2009

Aidit- Menjelang Setahun





Sekarang Aidit dah dekat setahun umurnya..dah pandai cakap "ennaa...ennaa..." yang bermaksud dia nak la bila nampak makanan....pandai berebut mainan dengan abang dan kakak dia juga..kalau tak dapat menjerit2 dia...nak tak nak yang besar kena la beralah...



Monday, October 19, 2009

Kenangan lalu

Semalam masa pergi open house di rumah kakak ipar di Kajang Utama CS berbual dengan anak buah HD yang sekarang pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor. Bagus lah, dia lah anak buah HD yang pertama dapat masuk asrama.

CS tanyalah dia.
"Macam mana sekolah? Best tak?"
"Macam tu lah"

Hehe..Sebenarnya CS tahu di sebalik jawapan tu sebenarnya dia pun sedih lagi meninggalkan keluarganya. CS dulu pun macam tu. Bila sedara tanya "Seronok tak sekolah?". Biasanya CS lambat je nak reply. Lepas tu mesti mak CS akan jawab kan ."Best la. "

Memang la masa tu rasa tak best. Tapi sekarang CS rasa kejayaan hari ini adalah kerana hari semalam. Maka jasa SMSJ tetap dikenang.

Sunday, October 18, 2009

Berkebun lagi


Hari ni CS rasa seronok sebab cita2 nak tanam pokok rambutan dan pisang emas di belakang rumah sudah terlaksana..itulah misi yang dirancang semasa cuti Deepavali ini. Wah! Empat tahun lagi boleh le makan rambutan sendiri..hehe kalau pokok tu terus hidup la...Misi diakhiri!

Tuesday, October 13, 2009

Anis

Anis sebenarnya susah sangat nak memakai apa-apa atas kepala dia ..tudung , scarf , even clip rambut...puji cantik macam mana pun dia akan segera membukanya selepas lima saat memakainya..kalau clip lama sikit la mungkin sebab benda tu kecik dan dia tak rasa benda tu ada atas kepala..

Jadi, bila Anis sendiri memakai scarf ini CS ambil kesempatan snap gambar dia walaupun dia segera nak mencabutkannya...


Wednesday, October 7, 2009

Aiman & His Jokes

"Abang! Abang! Abang nak dengar cerita tak?"
"Nak!"
"Tepuk tangan dulu"
Haikal tepuk tangan.
"Dah abiss..."
Aiman ketawa.
Haikal tunjuk muka tak faham.


****************

"Ibu!Ibu! Ibu nak dengar cerita tak?"
"Nak"
"Tepuk tangan dulu"
CS tepuk walaupun dah tau taktik dia.
"Dah abis"
Aiman ketawa.
CS sengih.


********************
Waktu malam HD sedang duduk.
"Ayah!Ayah! Ayah nak dengar cerita tak?"
"Nak"
"Tepuk tangan dulu"
HD tepuk tangan.
"Dah abis"
HD ternganga.
CS gelak.
Haikal tak puas hati.
"Orang ceritalah pada suatu hari ada seekor harimau di dalam hutan. Camtu la.."
Haikal masih tak faham Aiman punya lawak.

Itulah antara ilmu yang Aiman bawa balik dari taska.

Saturday, October 3, 2009

Berkebun



Sekarang CS dah mula nak melebarkan sayap untuk bertanam-tanaman..sebelum ni angan-angan je lebih tapi tak buat...sekarang dah tambah koleksi bunga rasa semangat lebih sikit..pagi tadi CS dah mula mengadap pokok bunga untuk cantas sikit-sikit daunnya yang lebat sangat tu..kalau bunga lebat baru le cantik..First time shopping tanah hitam & pasu tu suspen gak..kot la kos nya nanti mahal..tapi nasib baik murah je beli barang2 keperluan tu...
CS pun ada semai bendi, kunyit dan pucuk ubi..kitaorang memang suka ulam-ulaman ni..pokok pandan ada gak usaha nak tanam tapi mati je...sebabnya CS cucuk je kat tanah yang tak berapa subur..lepas ni nak beli tanah hitam lagi lepas tu baru le tanam pandan balik...pokok serai yang CS tanam nasib baik hidup..dah guna jugak la banyak kali time memasak...takyah pening nak cari serai lagi

Hari Jumaat lepas CS dah pergi kat Mardi..ingat nak beli le pokok buah sikit nak tanam kat belakang rumah...rumah CS kan baris yang hujung sekali..kat belakang tak de rumah orang jadi ada la tanah yang boleh ditanam sikit..jangan developer potong dah ler..tapi masa pergi tu kaunter dah tutup...hari Jumaat sampai kul 12 je..hmm hari Isnin nak try pergi lagi