Monday, October 19, 2009

Kenangan lalu

Semalam masa pergi open house di rumah kakak ipar di Kajang Utama CS berbual dengan anak buah HD yang sekarang pelajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor. Bagus lah, dia lah anak buah HD yang pertama dapat masuk asrama.

CS tanyalah dia.
"Macam mana sekolah? Best tak?"
"Macam tu lah"

Hehe..Sebenarnya CS tahu di sebalik jawapan tu sebenarnya dia pun sedih lagi meninggalkan keluarganya. CS dulu pun macam tu. Bila sedara tanya "Seronok tak sekolah?". Biasanya CS lambat je nak reply. Lepas tu mesti mak CS akan jawab kan ."Best la. "

Memang la masa tu rasa tak best. Tapi sekarang CS rasa kejayaan hari ini adalah kerana hari semalam. Maka jasa SMSJ tetap dikenang.

No comments:

Post a Comment