Sunday, July 26, 2009

Aiman Sports Day










Hari ni kami pergi Sports Day Aiman di Punjak Jalil...pagi2 dah hujan...acara pun start lambat...sepatutnya pukul 8 mula dah dilewatkan kepada kul 10...ada acara untuk parents & the prinsipal ada pelawa untuk join ..tapi sebab Aidit takde orang nak pegangkan so tak masuk acara tu...kami join acara makan mi je..hehe..since dah mula lambat, habis pun lambat...kami tak tunggu sampai habis...tak tau pun team mana menang

Saturday, July 25, 2009

AiDiT ChEcK DaRAh

Hari Khamis CS bawa Aidit pegi klinik kesihatan sebab dia asyik demam, selsema, batuk dan nafas dah berbunyi semacam sebab banyak kahak...tapi CS terkejut bila doktor kata nak check darah..CS ingat dia bagi sedut gas untuk cair kahak jek...sian tengok tangan dia yang kecik tu kena cucuk...lepas cek darah doktor kata darah dia ok lepas baru sedut gas (CS tak tau apa ke namanya benda tu) ..masa tu pun sian tengok Aidit menangis macam nak rak...nurse kata kalau budak yang dah biasa siap pegang sendiri ..hmm dah Aidit baby lagi takkan nak pegang sendiri...

Wednesday, July 22, 2009

FaCe BoOk

CS baru je belajar2 guna Facebook...sebelum ni hanya register je tapi tak buat apa2 pun..so now dengan sedikit bantuan rakan (TQ Kak Liz!) dapatlah CS mempergunakannya..yang seronoknya dapat lah berhubung ngan kawan2 lama masa sekolah menengah...terubat juga rindu di hati bila tengok gambar terkini kawan2...kebanyakannya kendong anak kecik..tapi CS jeles juga la ramai yang dah merayau di oversea..CS je duk Malaysia...takpela ada rezeki nanti teringin juga nak melawat negara orang..

Friday, July 17, 2009

MiChAeL JaCkSoN


Semalam Haikal asyik sebut nama Michael Jackson(MJ)..macam la dia kenal ye...dia kata kawannya Yusof selalu cakap pasal MJ dah mati..CS pun layan Haikal tengok kat Youtube...CS suka sangat lagu Earth Song...ingat zaman dulu2 memang CS suka lagu ni..pastu tengok clip You Are Not Alone...masa bab ada perempuan lari naik pentas and peluk dia CS jadi sedih lak..Haikal pun hairan apa yang CS sedu sedan sangat..tak tau lah nak kata macam mana ..tapi memang rasa terharu sikit..

OpTiMuS PrImE

Hari ni CS bawa Anis pergi klinik sebab dah 2 hari demam...waktu malam batuk dan badannya agak panas...nasib baik Anis tak fobia ubat...macam sedap je ubat tu dia minum...Lepas sampai rumah tiba-tiba HD balik ...kat tangan HD ada Optimus Prime! Depa dah merengek2 nakkan benda ni setiap kali pergi Petronas...Haikal punya la gembira siap cakap "Terima kasih, Ayah!" dan salam tangan...
Sebelum ni dah beli dah yang Bumble Bee..tapi dah hilang ke mana tak tau...rasa membazir je...yang ni kalau hilang jugak jawabnya akan dibebel lah oleh HD...hmmm tapi bebel2 dia nanti budak2 ni merengek dia belikan jugak yang lain...

Friday, July 3, 2009

TrANsFoRmErS

Hari ni CS layan HD and bebudak tengok Transformers di The Mines...Half way HD dah dapat panggilan untuk buat kerja..tinggal le kami bertiga...Haikal lak hujung2 dah tak senang duduk sebab sejuk katanya...ada ke dia suruh CS tanggal tudung untuk dia selimut..diorang excited la..CS tengok takde apa sangat pun..cuma kekadang tumpang gelak juga la part yang lawak2 tu..