Saturday, October 3, 2009

Berkebun



Sekarang CS dah mula nak melebarkan sayap untuk bertanam-tanaman..sebelum ni angan-angan je lebih tapi tak buat...sekarang dah tambah koleksi bunga rasa semangat lebih sikit..pagi tadi CS dah mula mengadap pokok bunga untuk cantas sikit-sikit daunnya yang lebat sangat tu..kalau bunga lebat baru le cantik..First time shopping tanah hitam & pasu tu suspen gak..kot la kos nya nanti mahal..tapi nasib baik murah je beli barang2 keperluan tu...
CS pun ada semai bendi, kunyit dan pucuk ubi..kitaorang memang suka ulam-ulaman ni..pokok pandan ada gak usaha nak tanam tapi mati je...sebabnya CS cucuk je kat tanah yang tak berapa subur..lepas ni nak beli tanah hitam lagi lepas tu baru le tanam pandan balik...pokok serai yang CS tanam nasib baik hidup..dah guna jugak la banyak kali time memasak...takyah pening nak cari serai lagi

Hari Jumaat lepas CS dah pergi kat Mardi..ingat nak beli le pokok buah sikit nak tanam kat belakang rumah...rumah CS kan baris yang hujung sekali..kat belakang tak de rumah orang jadi ada la tanah yang boleh ditanam sikit..jangan developer potong dah ler..tapi masa pergi tu kaunter dah tutup...hari Jumaat sampai kul 12 je..hmm hari Isnin nak try pergi lagi

No comments:

Post a Comment