Tuesday, January 6, 2009

BaSiKaL

Kayuh la basikal tu!
Tak boleh!Aiman tak tuat (kuat)..

Nak naik basikal lah!..(Naiklah bang..)

Petang ni ayah nak bawak jalan2..

Semalam petang lepas ambil Aiman dari sekolah diorang main basikal kecik warna oren tu... biasanya Aiman yang conquere main basikal tu..so Haikal menangis2 la nak basikal..HD tu jenis pelembut hati dengan Haikal, so dia bawak la diorang pegi beli basikal...CS ikut sama maklumlah akauntan..

Masa nak beli tu Haikal berkenan yang mahal lak..ye la yang mahal tentu cantik..Aiman mestila nak yang sama ..jawabnya terpaksa beli dua...kopak duit mak dia..itu la hasilnya dapat bonus ASB..lepas tu CS pun beli baju sikit untuk Aiman, Anis & Aidit..sebab diorang perlukan baju untuk tukar di taska..
Malamnya selepas main2 basikal tu diorang tidur awal..takdelah awal sangat dalam pukul 10.30..cerita Pepaya favourite Haikal pun sanggup tak tengok sebab main basikal..nak kayuh laju2 tak boleh sebab dua2 kecik, tak larat nak tolak pedal..sikit2 je la bergerak ke depan..

So pagi2 lagi Haikal bersiap2 lepas tu terus dia tanya CS : nak main basikal boleh? : pergilah bang..CS kenala layan kehendak dia untuk senangkan hati dia sebab CS tau dia tak seronok nak pergi sekolah..yelah zaman bawak permainan ke sekolah dah abis...zaman bawak balik jajan bila ada birthday kawan pun dah abis...sian dia.. CS ingat nak bekalkan dia kek pisang untuk makan dalam kereta..tapi tertinggal pulak atas meja..
Aiman pulak masa kejutkan dari tidur masih ok lagi..takde la liat nak bangun..tapi ada renungan kosong yang CS nampak kat muka dia...makan kek pisang pun perlahan je..mungkin antara seronok & tak seronok...sebelum ni dia di taska bebas bermain sekarang dah tadika pulak sentiasa kena ikut arahan..
Selepas diorang dah pergi sekolah, CS buat kerja rumah masih dalam mood sedih camtu..mengenangkan apalah yang diorang buat kat sekolah...Aiman nangis ke..semalam ustaz dia kata dia nangis macam nak rak masa kena tinggal..Haikal nak kencing ke, sakit perut ke..sebab Haikal yang paling penakut kat rumah..nak ke dapur,bilik air memanjang takut kalau sikit2 takpe..memang nak berteman je..sanggup kena marah takpe..
Balik sekolah Haikal bagitahu yang dia nangis kat sekolah sebab dia nak kan ayah...kat kantin pun dia kata dia nangis...dia tunjuk duit 50 sen sekeping yang makcik kantin bagi..CS tanya beli apa..dia kata beli hotdog...kesiannya CS kat dia,dia terpaksa berdikari di kalangan budak2 yang ramai tu..sebelum ni dia ada ayah & ibu bila nak apa2..
CS nak tunggu CS ada baby pulak..(sebenarnya CS agak emotional semasa menulis entry ni)..walaupun CS selalu marah dia tapi CS tak nak dia keseorangan di tempat yang baru sebab dia masih kecik lagi...harapnya dia cepat menyesuaikan diri...
CS tengok buku-buku dia,ada kerja yang dia kena buat..dia kata dia tak pandai buat huruf 'f'...dan dia nangis sebab takut kena marah dengan cikgu..so CS tunggu dia buat kerja..mula-mula dia bukak kartun...so dia tak fokus dengan kerja rumah..HD tutup tv dan dia teruskan sampai dia tertidur...Haikal sebenarnya susah tidur waktu siang..mungkin emosi nya yang tidak menyeronokkan tu membuatkan dia letih..

No comments:

Post a Comment