Wednesday, October 7, 2009

Aiman & His Jokes

"Abang! Abang! Abang nak dengar cerita tak?"
"Nak!"
"Tepuk tangan dulu"
Haikal tepuk tangan.
"Dah abiss..."
Aiman ketawa.
Haikal tunjuk muka tak faham.


****************

"Ibu!Ibu! Ibu nak dengar cerita tak?"
"Nak"
"Tepuk tangan dulu"
CS tepuk walaupun dah tau taktik dia.
"Dah abis"
Aiman ketawa.
CS sengih.


********************
Waktu malam HD sedang duduk.
"Ayah!Ayah! Ayah nak dengar cerita tak?"
"Nak"
"Tepuk tangan dulu"
HD tepuk tangan.
"Dah abis"
HD ternganga.
CS gelak.
Haikal tak puas hati.
"Orang ceritalah pada suatu hari ada seekor harimau di dalam hutan. Camtu la.."
Haikal masih tak faham Aiman punya lawak.

Itulah antara ilmu yang Aiman bawa balik dari taska.

Saturday, October 3, 2009

Berkebun



Sekarang CS dah mula nak melebarkan sayap untuk bertanam-tanaman..sebelum ni angan-angan je lebih tapi tak buat...sekarang dah tambah koleksi bunga rasa semangat lebih sikit..pagi tadi CS dah mula mengadap pokok bunga untuk cantas sikit-sikit daunnya yang lebat sangat tu..kalau bunga lebat baru le cantik..First time shopping tanah hitam & pasu tu suspen gak..kot la kos nya nanti mahal..tapi nasib baik murah je beli barang2 keperluan tu...
CS pun ada semai bendi, kunyit dan pucuk ubi..kitaorang memang suka ulam-ulaman ni..pokok pandan ada gak usaha nak tanam tapi mati je...sebabnya CS cucuk je kat tanah yang tak berapa subur..lepas ni nak beli tanah hitam lagi lepas tu baru le tanam pandan balik...pokok serai yang CS tanam nasib baik hidup..dah guna jugak la banyak kali time memasak...takyah pening nak cari serai lagi

Hari Jumaat lepas CS dah pergi kat Mardi..ingat nak beli le pokok buah sikit nak tanam kat belakang rumah...rumah CS kan baris yang hujung sekali..kat belakang tak de rumah orang jadi ada la tanah yang boleh ditanam sikit..jangan developer potong dah ler..tapi masa pergi tu kaunter dah tutup...hari Jumaat sampai kul 12 je..hmm hari Isnin nak try pergi lagi

Tuesday, September 29, 2009

Raya di Cameron Highland

Hujung cuti raya HD ajak beraya di Perak...Malam Jumaat bertolak & tiba pukul 12.30 pagi...kami tidur di rumah abang HD sampai pagi Ahad...on the way balik HD bawa pergi Cameron to fulfill janji dia sebelum ni... dapat pergi sekejap pun jadilah kan..tapi pening lalat juga rupanya nak sampai ke sana..Anis pun dua kali dia dah uwekk...
First thing nak tengok pokok teh lah kan...tengok gambar orang lain cantik je bergambar di sebalik kehijauan dedaunnya..



Anis belajar2 nak tunjuk peace!..

Aidit ingin merasai pengalaman memetik daun teh




Lepas tu singgah kat kedai yang jual bunga...nak tambah koleksi yang ada kat rumah..sebelum ni ada dua pasu yang tergantung..masa beraya tengok pokok bunga ros kat rumah orang cantik je...so beli 2 pokok ros merah & kuning dan 2 lagi pokok berdaun hijau .

Bila dah tengok pokok teh, tak lengkap kalau tak tengok pokok strawberi...stop lagi kat Bee Farm untuk pegang strawberi dan beli madu juga...


Masa nak keluar ke Tapah nampak ramai orang berhenti makan durian, hehe...kitaorang pun tak nak ketinggalan...

Tuesday, September 22, 2009

Hari Raya 2009


Tuesday, September 15, 2009

Haikal = Doktor?

Tadi Anis tercekit tablet Vitamin C yang bentuk bintang..merengek2 dia..Haikal tunjuk dia punya concern berlari-lari ambikkan air ..CS relax je..hehe.. dah minum baru dia ok

Apa yang CS fikir ada ciri-ciri jadi doktor Haikal ni sebab suka selamatkan orang...ye ke? Kena tunggu 20 tahun lagi kot

Monday, September 7, 2009

Aidit - 10 Bulan



Sekarang Aidit dah 10 bulan...gigi bawah dah ada dua...tapi dua tu pun kalau gigit kat bahu seriau juga...macam kena letrik!...dia pun dah pandai duduk ..CS suka tengok dia duduk...comei..

Sunday, August 23, 2009

Bazar Ramadhan

Tahun ni HD jual ikan bakar di Bazar Ramadhan...2 tahun dulu dia pernah niaga air tebu..Semalam for a start ambik barang tak berapa banyak...so around 6.15 dah habis jual... Hari ni tambah lagi..double ikan pari, tambah lagi ayam & terubuk...lepas subuh HD dah pergi pasar borong...bad news is esok takde terubuk...punyalah tinggi permintaannya...harga pun dah naik 50 sen...