Wednesday, December 31, 2008

MaSuK SeKOLah

Hari ni HD bawa Aiman daftar tadika di PJIK. Duit pendaftaran dan yuran bulanan dah RM900 lebih...itupun jubah, buku Anakku & Read Easy guna Haikal punya,...tapi yang menjadi 'kerisauan' CS ialah Aiman masih pelat for certain perkataan...antaranya
tupu-tupu = kupu-kupu (imagine dia nyanyi 'Pok amai-amai belalang tupu-tupu')
jalan = jangan ( jalan ambik Aiman punya kereta)
judak = jugak (Aiman nak judak)
ladi = lagi (dia nyanyi 'jatuh cinta ladi, ladi-ladi jatuh cinta'
Haikal pulak HD bawa beli buku kat sekolah dia... hari Sabtu 3hb hari orientasi..CS mungkin tak pergi...ada baby baby kecik ni agak payah la sikit...
CS pun merancang2 nak beli barang2 CS..cikgu pun awal tahun kena la barang2 sekolah yang baru jugak...baru semangat nak pegi sekolah..tapi CS start lambat sikit la..10hb baru mula


Tuesday, December 30, 2008

Result PMR

Hari ni result PMR keluar..macam mana agaknya result anak murid CS..CS lum balik sekolah lagi sebab masih dalam cuti bersalin..

Tadi ada emak pelajar telefon..dia memang selalu telefon CS bertanyakan tentang anak dia..bagus betul dia ..so dia tanya CS kelas yang sesuai untuk anak dia..CS pun bukan expert sangat baru je setahun jagung jadi cikgu...bab nak memberi pandangan ni masih mentah lagi...so contact la member yang tau dan sms kat emak pelajar CS tu..harapnya dapat membantu..

Monday, December 29, 2008

Maal Hijrah 1430H

Salam Maal Hijrah..hari ni hari Awal Muharram...so ramai yang bercuti..HD pun tak kerja..masih meneruskan kerja2 membuat pondok jaga...katanya hari ni nak mengecat..CS tak keluar2 rumah lagi..walaupun dan lebih 44 hari tapi kalau takde keperluan duduk di rumah lagi mudah...baby pun kecik lagi..susah nak bawak berjalan...

Sunday, December 28, 2008

LaYaNg-LAyAnG

Yang ini layang-layang Haikal

Warna oren ni layang-layang Aiman

Semalam petang HD bawak budak2 pergi main layang-layang..sebenarnya beli dah lama tapi takde tempat sesuai nak naikkan...mula2 HD terbangkan depan rumah je..tapi ada kereta lalu dan wayar elektrik..so HD bawak diorang kat kawasan lapang dekat dengan Shell tapi CS tak dapat tengok la..tinggal je kat rumah dengan Aidit.

Petang ni Haikal dah bodek HD nak pegi main layang-layang lagi..HD angguk tapi tak tau dapat tunai ke tidak..HD tengah sibuk tolong buat pondok jaga kat entrance masuk Taman Dato' Demang..Kat sini ada pencuri...HD dah hilang kasut Crocodile dia..ada jiran yang hilang sampai 6 pasang kasut..kawan CS ada yang hilang bateri kereta ...nape la pencuri ni suka curi barang orang..

Friday, December 26, 2008

HaIKaL 6th YeAr CoNvO

Haikal sentiasa duduk depan dan ditengah sebab dia paling rendah

Haikal buat persembahan masa convocation day...inilah lagu yang dihafal2 sebelum tu..sampaikan Aiman & Anis pun pandai ikut..tapi Anis sambung hujung2 je(yang highlight merah tu)...


1234 (Aris Ariwatan)

Satu... kasih yg abadi

Tiada tandingi dia yang satu

Dua... sayang berpanjangan

Membawa ke syurga kasihnya ibu



Tiga... lapar dan dahaga

Rela berpayahan setianya ayah

Empat... mudah kau ketemu

Berhati selalu beza antara

Kasih dan kekasih



( korus )



Ibu kuingat dahulu

Menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah

Bergunalah ilmu bila dewasa



Sayang dengar lagu ini

Untuk kau sandarkan buat pedoman

Jangan manis terus ditelan

Pahit terus dibuang... itu bidalan

Harus kau renungkan



( ulang korus )

Apa Itu Affiliate?

Banyak kali CS terbaca tentang cara-cara mendapat wang di internet..salah satunya ialah menggunakan affiliate...so apa tu affiliate? memang boleh dapat duit ke? so sekarang CS pun cuba la cari2 website yang offer affiliate ni...kot2 la dapat duit...

So basically program affiliate ni menawarkan komisen kalau ada pembeli membeli melalui web kita..TAPI lebih baik lagi kalau kita ada produk dan kita sendiri menawarkan affiliate kepada orang lain..kerana pemasaran produk kita yang lebih luas...hmm..nampaknya CS kena cari produk untuk dipasarkan menggunakan program ni...
Sesiapa yang ada produk dan berminat software affiliate ni bolehlah berkunjung ke qualityunit.com ...Jutawan internet Irfan Khairi juga menggunakan program ini..

TeMpAt KeRjA HD

Selepas habis waktu sekolah, selalunya HD akan ambil CS dan CS ikut pergi ofis HD...kereta ada satu ni susah la sikit..tapi semalam CS & HD dah bercadang nak ambil kereta Wira 1.8 second hand..kereta tu umur dah 8 tahun...warna hitam..boleh la CS guna pegi sekolah dan ambil budak-budak dari taska & sekolah
CS plak lepak2 je dalam ofis..sambil2 tu jadi spy kalau2 ada penyelewengan :)


Busy betul HD ya...